Tuesday, January 17, 2012

mak,1967

15 Januari 1967.

kelahiran insan yang bermakna buat kami empat beradik.

emak lahir di segamat.
membesar juga di segamat.

emak sangat tabah!SANGAT!

disebabkan saya anak perempuan tunggal,emak lah orang paling rapat buat saya.
semua penderitaan mak,kesusahan mak,kegembiraan mak,saya rasa.
walau orang kata,berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya.
saya cuma rasa,namun mak yang menghadapinya.

satu ketika,
ketika abah memilih untuk berhenti kerja,
mak dan abah mengusahakan perniagaan al-azim.

menjual dadih dan jus segar.

dan time tu semue orang sangat jealous.
sebab sangat-sangat larisssss :) alhamdulillah.

makin hari,makin bertebaranlah orang yang menjual di MSE tu.hehe

kami ada lesen,mereka tiada.

sampai kan pernah kena serbu dgn MPPG,abah cerita,abis sudu dadih tu bersepah.
masing-masing berlari bawa barang masing-masing masuk kerete.

nampak tak kesungguhan mereka bekerja?

hari sukan di jalan gelam,taman rinting.

kami jual macam-macam.

buah-buahan.
air kotak.
dan dadih.

sebabkan dadih mak sangat sedap,
orang pun tengah kelaparan,
maka dadih pun habis.

mak terus tutup gerai ke?
NO!

mak balik rumah,buat lagi.
keyakinan mak sangat tinggi.infinitely lah kot!
even jualan sampai tengah hari je pun.
alhamdulillah habes lagi.

KANTIN.
huh.
yang ni ujian yang Allah bagi sangat hebat untuk mak.

cikgu makan tak bayar.
cikgu lambat bayar claim kantin.
cikgu yang iri hati.
orang suka complaint.
kantin kena masuk orang.

dan yang paling buat saya geram,"peristiwa" lalu.

orang terlalu iri hati,sampai sanggup buat macam-macam.
tak lain tak bukan,itulah MELAYU!

tapi mak kuat,
setiap peluang tu,mak isi sebaiknya.
mak akan buat yang terbaik dalam setiap yang mak buat.

mak jugak insan biasa,
yang tahu erti penat,
yang tahu erti letih.

tapi mak lawan semua tu,demi kami empat beradik.

mak always ulang,"mak tiada harta nak tinggalkan,mak tinggalkan dekat kamu semua,pendidikan yang kamu dapat sekarang.."

mak kuat,
sebab dari kecil mak dididik begitu.
menoreh getah.
jual tempe keliling kampung.

semua cerita,A sampai Z saya share.
sebab mak sangat memahami : )

terima kasih,mak.
sebab ajar saya erti kesusahan sejak dari kecil.
ajar saya supaya rajin ke dapur.
kalau bukan kerana mak didik saya selalu untuk ke dapur,
pasti,kopek bawang pun saya tak tahu sekarang.

ayat mak yang paling sedih bila saya nak balik jordan haritu,
"nanti kalau no balik jordan,sapelah nak tolong mak..sapelah nak teman mak gi belanja..."

semoga mak,kuat selalu.

walau no tak mampu nak bayar semua,no janji akan bayar satu harini nanti.
mumtaz untuk mak.

doakan selalu,
no dapat bawa mak ke Syurga.

selamat ulang tahun kelahiran mak.

Sunday, January 1, 2012

Teringat 6 tahun dahulu,mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Kami sudah berada selangkah sebelum ke peringkat separuh akhir,menjadi 4 pasukan terbaik paling kurang.

Perlawanan dijadualkan selepas solat asar,kami sepasukan solat asar berjamaah dengan penuh semangat,berdiri dalam barisan yang kelihatan gagah dan bersatu,berdoa dengan penuh harapan dan khusyu'.

Kami bermain bermati-matian,mengerah seluruh tenaga yang ada,namun kami tewas dengan jaringan minit akhir pihak lawan.

Ada sahabat yang menangis,ada yang senyap membisu,kecewa tak terkata. Saya berkata kepada Ustaz (jurulatih) "Kita sudah solat dan doa,tapi kita kalah,mereka lepak,mereka menang,apakah?!"

Ustaz saya berkata,"ya kamu solat dan berdoa,tetapi ada tak kamu ajak mereka untuk turut solat dan doa bersama? apa tujuan kita yang sebenarnya?"



-akh Azlan

Sunday, December 25, 2011

exam fever

Bagaimana untuk memperoleh MUMTAZ?

Mari kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

1. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk dalam solat. Khusyuk menunjukkan kesungguhan kita. Oleh itu, jika ingin berjaya dalam apa bidang sekalipun, kesungguhan dan fokus merupakan ciri yang penting.

2. Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari di balik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Antara ciri orang yang berjaya adalah mereka yang menjaga kehormatan diri. Tidak terjebak dengan pergaulan dengan lelaki atau perempuan yang tidak syar'ie. Muhasabah diri kita. Jika kita ada terjerumus dalam maksiat ini, bertaubatlah. Sesungguhnya kejayaan hakiki tidak akan dapat dikecapi jika masih ada karat-karat jahiliyyah ini.

3. Memelihara solat

'dan orang-orang yang memelihara solatnya.'[23:9]

Tidak melengah-lengahkannya apabila masuk waktu. Juga meninggalkan segala yang sedang kita lakukan ketika azan telah berkumandang. Ini juga menunjukkan sifat disiplin sorang muslim.

“Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

Jika kita mengharapkan segala kejayaan di dunia, MUMTAZ dan kecemerlangan dalam peperiksaan, maka kembalilah dengan melaksanakan dan mengutamakan ciri kejayaan dan tips MUMTAZ dari kalam Tuhan ini.



sumber:Majlis Mahasiswa Just,Jordan


dan hari ni bermulanya final exam.
paper tilawah.


do pray!

Friday, December 16, 2011

OH,AMANAH!

Teka teki daripada Imam Ghazali


Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" 
Murid 1 = " Orang tua " 
Murid 2 = " Guru " 
Murid 3 = " Teman " 
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185) 


Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama" 


Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka 
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 


Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " 


Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Sunday, December 11, 2011

petueee...

Petua Imam Syafi'e....

Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulamak

Saturday, December 10, 2011

sahabat

APAKAH CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK?


Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).


3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.


4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau 
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Wednesday, December 7, 2011

perjuangan itu.

andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai yang menyertainya.

andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,
pasti ramai yang tertarik padanya.

tetapi,
hakikat perjuangan bukan begitu.

turun naiknya,sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga.

andai rebah,bangkitlah semula!
andai terluka,ingatlah janjiNya!

salam mujahadah,salam perjuangan.